Press Release Distribution
 

Members Login  |  Register  |  Why Join?   Subscribe to Newsletter Newsletter   RSS Feeds RSS Feeds

Publish Press Release  |  Top Stories  |  Publishers  |  Tool & Tips  |  Today's News  |  Weekly News  |  Monthly News  |  News By Date  |  News by Region  |  News by Category
All Press Releases for Aug 28th, 2012 »
RSS Feeds RSS Feed     Print this news Printer Friendly     Email this news Email It    



Jualan Cintakan Las Vegas Agodacom Dari Rm 107 Setiap Malam

Agoda.com mengumumkan tawaran istimewa di hotel-hotel utama Las Vegas. Aug 28th, 2012. 

Malaysia (FreePressBox.com) Aug 28th, 2012 -- 

SINGAPURA (29 Ogos, 2012) agoda.com, peneraju utama laman tempahan hotel global dan sebahagian daripada Kumpulan Priceline yang disenaraikan di Nasdaq (Nasdaq: PCLN), hari ini mengumumkan tawaran istimewa di hotel-hotel utama Las Vegas.

Las Vegas merupakan salah satu daripada destinasi paling menarik di dunia. Menyeronokkan, menyegarkan dan pastinya meriah, lokasi di kawasan umpama padang pasir yang mewah ini sepadan dengan reputasinya sebagai tempat muktamad untuk percutian yang tidak dapat dilupakan.

Satu destinasi dengan tarikan universal, Las Vegas bukan sekadar tempat untuk berparti. Walaupun tiada siapa yang boleh menyangkal tarikan kehidupan malamnya, di sebalik meja-meja pertaruhan, papan tanda neon dan hotel-hotel mega ikonik ada persembahan artis-artis antarabangsa seperti Madonna, restoran-restoran berbintang-Michelin dan kolam-kolam renang berserta spa mewah bagi yang mencari masa rehat yang memenuhi keinginan.

Setelah menyaksikan semua tarikan wajib Vegas: persembahan pancutan air Bellagio, gondola-gondola di Venetian, letusan gunung berapi di Mirage, dan replika-replika mercu tanda di Paris Las Vegas, para pelancong boleh menerokai aspek-aspek bandaraya ini yang kurang dikenali.

Di Taman Flamingo bukan sahaja terdapat flamingo tetapi juga pelbagai jenis burung-burung eksotik, akuarium jerung di Mandalay Bay, bermain golf di beberapa lapangan kejuaraan di serata bandar, dan lawatan menaiki jip di sekitar padang pasir Nevada.

Pencari keseronokan boleh mendapatkan keseronokan di Adventuredome di Circus Circus taman tema tertutup kedua terbesar di Amerika di mana terdapat 25 jenis permainan dan filem 4D yang boleh menghiburkan ahli keluarga sepanjang hari. Selain itu terdapat persembahan Cirquede Soleil setiap malam, mempersembahkan pertunjukan akrobatik yang melebihi imajinasi.

Hotel-hotel di Las Vegas menawarkan nilai menakjubkan, dengan bilik tetamu yang luas, kemudahan mewah dan disertakan pelbagai jenis pemberian percuma di dalam bilik. Tawaran-tawaran hotel Las Vegas agoda.com di bawah adalah promosi masa terhad, jadi para pelancong perlu menempah sekarang untuk kadar terbaik di internet!

JUALAN Tawaran Hotel Las Vegas Agoda.com!

Wynn Las Vegas 5* diskaun 30%!
Dari RM 557 setiap malam. Minimum 2 malam penginapan. Kadar tanpa pulangan wang.

The LVH Hotel 4* diskaun 46%!

Dari RM 286 setiap malam.

Caesars Palace Hotel 5* diskaun 20%!

Dari RM 443 setiap malam. Minimum 2 malam penginapan.

Aria Resort Casino 5*- diskaun 20%!
Dari RM 397setiap malam.

MGM Grand 4* - diskaun 20%!
Dari RM 416 setiap malam.

Circus Circus 3* - diskaun 20%!
Dari RM 115 setiap malam.

Excalibur 3* - diskaun 20%!

Dari RM 107 setiap malam.

Hooters Casino Hotel diskaun 30%!

Dari RM 107 setiap malam. Hari minggu sahaja.

Encore at Wynn Las Vegas 5* - diskaun 30%!

Dari RM 579 setiap malam. Minimum 2 malam penginapan. Kadar tanpa pulangan wang.

Mandalay Bay 4* - diskaun 20%!
Dari RM 801 setiap malam.

Contact Information:
Name: 0
About the author
...

Company: 0
Telphone: 0
E-Mail: ***


Does this story fit one of these flags? If so, click it! share to your friends and followers!
 
 
 
 
 
 
 
Rate this news:
  • Currently 0/5 Stars.
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
0 / 5 stars - 0 vote(s)

Free Press Release Service & Press Release Distribution News Supplied By FreePressBox.com

Add New Comments


Your Name *
Your Email: *
Your Comments: *
Enter Validation Code: * Captcha  
 


Sakinah Hassan
56 news online
Follow us on Facebook
Follow us on Twitter
Disclaimer:

FreePressBox disclaims any content contained in this press release. We are unable to assist you with any information regarding this release. If you have any questions regarding information or any copyright issue in this press release, please contact us. Please see our complete Terms of Service disclaimer for more information.