Press Release Distribution
 

Members Login  |  Register  |  Why Join?   Subscribe to Newsletter Newsletter   RSS Feeds RSS Feeds

Publish Press Release  |  Top Stories  |  Publishers  |  Tool & Tips  |  Today's News  |  Weekly News  |  Monthly News  |  News By Date  |  News by Region  |  News by Category
All Press Releases for Mar 21st, 2012 »
RSS Feeds RSS Feed     Print this news Printer Friendly     Email this news Email It    



Agodacom Menyiarkan Kadar Istimewa Musim Bunga Sakura

agoda.com mengumumkan kadar-kadar istimewa untuk hotel-hotel Jepun tepat pada masanya bagi musim bunga sakura menerusi agoda.com.my. Mar 21st, 2012. 

Malaysia (FreePressBox.com) Mar 21st, 2012 -- 

SINGAPURA (21 Mac, 2012) agoda.com, peneraju utama laman tempahan hotel global dan sebahagian daripada Kumpulan Priceline yang disenaraikan di Nasdaq (Nasdaq: PCLN), hari ini mengumumkan kadar-kadar istimewa untuk hotel-hotel Jepun tepat pada masanya bagi musim bunga sakura menerusi agoda.com.my.

Bunga sakura, adalah sesuatu yang tidak dapat dipisahkan dari budaya dan identiti Jepun. Dipuja dalam seluruh sejarah Jepun baik seni, puisi mahupun lagu, kelopak-kelopak halus lambang kebangsaan ini cuma muncul untuk seketika setiap tahun. Ketibaannya menukarkan dahan-dahan yang tidak berdaun pada musim sejuk menjadi rimbun bak awan, memberikan inspirasi untuk aktiviti yang dikenali sebagai hanami.

Hanami adalah amalan melihat pokok-pokok bunga sakura yang sedang kembang mekar satu adat yang dipengaruhi oleh abad ke-3 China, di mana para bangsawan berkelah di bawah pokok-pokok plum blossom. Hari ini, parti-parti hanami diadakan di mana sahaja terdapat bunga sakura yang mekar untuk dihayati, dengan kumpulan-kumpulan sahabat, keluarga dan rakan sekerja berkumpul di bawah dedahan untuk berkongsi makanan dan mendengar muzik.

Hanami bermula di taman-taman di Tokyo ketika menghala ke penghujung bulan Mac, dengan sakura di wilayah paling utara Hokkaido adalah yang paling akhir kembang, bunga-bunga sakura muncul ketika pertengahan hingga ke hujung bulan Mei. Makanan terkenal ketika hanami termasuklah dumpling (dango) dan set kotak bento kerana mudah dibawa, manakala sake juga selalu dinikmati ketika parti di waktu malam.

Terdapat beberapa lokasi di seluruh Jepun yang merupakan tempat terbaik untuk melihat bunga sakura. Di Tokyo, Taman Ueno mempunyai lebih daripada seribu pokok sakura. Di Kyoto, tebing-tebing Sungai Kamogawa dibarisi sakura, dan di Osaka, orang ramai berkumpul di Istana Osaka di mana terdapat 4, 000 pokok bunga sakura berkembang mekar di seluruh taman.

Agoda.com mempunyai tawaran-tawaran musim bunga yang menakjubkan bagi para pelancong yang ingin melihat bunga sakura yang sedang mekar. Promosi-promosi yang disenaraikan di bawah adalah bagi hotel-hotel di kawasan hanami utama di Jepun sesetengah tawaran hanya tersedia untuk beberapa minggu sahaja.

Untuk Melihat Tawaran-Tawaran Hotel Sakura Hebat Lawati www.agoda.com.my

Contact Information:
Name: 0
About the author
...

Company: 0
Telphone: 0
E-Mail: ***


Does this story fit one of these flags? If so, click it! share to your friends and followers!
 
 
 
 
 
 
 
Rate this news:
  • Currently 0/5 Stars.
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
0 / 5 stars - 0 vote(s)

Free Press Release Service & Press Release Distribution News Supplied By FreePressBox.com

Add New Comments


Your Name *
Your Email: *
Your Comments: *
Enter Validation Code: * Captcha  
 


Sakinah Hassan
56 news online
Follow us on Facebook
Follow us on Twitter
Disclaimer:

FreePressBox disclaims any content contained in this press release. We are unable to assist you with any information regarding this release. If you have any questions regarding information or any copyright issue in this press release, please contact us. Please see our complete Terms of Service disclaimer for more information.