Press Release Distribution
 

Members Login  |  Register  |  Why Join?   Subscribe to Newsletter Newsletter   RSS Feeds RSS Feeds

Publish Press Release  |  Top Stories  |  Publishers  |  Tool & Tips  |  Today's News  |  Weekly News  |  Monthly News  |  News By Date  |  News by Region  |  News by Category
All Press Releases for Jun 19th, 2012 »
RSS Feeds RSS Feed     Print this news Printer Friendly     Email this news Email It    



Agodacom Menonjolkan Keajaiban Macau Dari Rm203 Setiap Malam

Agoda.com mengumumkan tawaran istimewa untuk beberapa hotel istimewa di Macau. Jun 19th, 2012. 

Malaysia (FreePressBox.com) Jun 19th, 2012 -- 

SINGAPURA (20 Jun, 2012) agoda.com, peneraju utama laman tempahan hotel global dan sebahagian daripada Kumpulan Priceline yang disenaraikan di Nasdaq (Nasdaq: PCLN), hari ini mengumumkan tawaran istimewa untuk beberapa hotel istimewa di Macau.

Terkenal dengan kompleks-kompleks hiburan yang bergemerlapan, pusat membeli-belah mewah, kasino-kasino servis penuh dan daerah-daerah kolonial yang cantik, Macau adalah destinasi sempurna untuk para pelancong yang mencari-cari percutian yang penuh keseronokan.

Vegas di Timur ini cuma memerlukan satu perjalanan pendek menaiki feri dari Hong Kong dan menawarkan para pelancong hotel-hotel mewah, persembahan-persembahan teater, kehidupan malam yang meriah, kemudahan bersiar-siar dan hidangan unik Sino-Portugis. Menarik lebih daripada 28 juta pelawat pada 2011, Macau mempunyai semua elemen untuk apa sahaja jenis percutian yang dicari para pelancong, sama ada ianya pertemuan romantik, lawatan riang keluarga, hujung minggu bersama kawan-kawan perempuan atau percutian bujang.

Persembahan-persembahan teater di Macau merupakan tarikan utama untuk semua jenis pelancong. Kompleks City of Dreams mempersembahkan The House of Dancing Water, menampilkan akrobat-akrobat, penjugel udara, penerjun dan para penari di set meriah menelan belanja 250 juta Dolar Amerika. Terdapat juga persembahan-persembahan kabaret, kejohanan pertempuran, pertunjukan lampu laser setiap malam, dan konsert-konsert K-Pop untuk memastikan para pelawat terhibur.

Satu tarikan tertentu yang hebat untuk keluarga-keluarga ialah Ice World di Venetian Macau. Menampilkan hasil kerja lima puluh artis ais dari Harbin, hasil ciptaan rumit yang dipamerkan ini dibuat dari lebih daripada 10,000 blok ais, dan meliputi peti sejuk beku seluas 1,656sqm meter, yang disetkan kepada 8 darjah Celsius bawah tahap beku.

Kemudian, terdapat pengalaman-pengalaman Macau yang lebih ikonik: merasa tart telur Portugis yang terkenal dari Margarets Caf atau Lord Stows Bakery, menaiki gondola di Venetian, menerokai runtuhan St. Pauls, menikmati keseronokan di meja-meja permainan dan memerhati bandaraya dari dek pemerhatian Menara Macau.

Apa sahaja itinerari anda, hotel-hotel Macau menawarkan nilai hebat. Hotel-hotel adalah mewah dan dilengkapi pelbagai kelengkapan, banyak kompleks-kompleks hotel menawarkan pilihan tempat makan dan hiburan yang cukup untuk memastikan para tetamu sentiasa sibuk di sepanjang penginapan.

Agoda.com mempunyai seleksi tawaran-tawaran jarang ditemui yang sekarang berlangsung di hotel-hotel Macau sebahagiannya tawaran masa terhad, jadi para pelancong perlu bertindak pantas untuk mengambil kesempatan ke atas penjimatan hebat ini!

Tawaran-Tawaran Hotel Keajaiban Macau Agoda.com

The Venetian Macao Resort Hotel 5* - diskaun 15%!
Dari RM 540 setiap malam. Istimewa Tempahan Awal mesti tempah sekurang-kurangnya 14 hari lebih awal. Sah sehingga 30 Disember 2012.

Galaxy Macau 5* - diskaun 15%!

Dari RM 657 setiap malam. Istimewa Tempahan Awal mesti tempah sekurang-kurangnya 14 hari lebih awal. Sah sehingga 31 Disember 2012.

Emperor Hotel 4* - diskaun 10%!
Dari RM 333 setiap malam. Istimewa Tempahan Awal mesti tempah sekurang-kurangnya 14 hari lebih awal. Sah sehingga 31 Disember 2012.

Royal Hotel Macau 5* - diskaun 20% MASA TERHAD SAHAJA!
Dari RM 259 setiap malam. Istimewa masa terhad sah hanya sehingga 31 Ogos 2012.

Beverly Plaza Hotel 4* - diskaun 15%!
Dari RM 281 setiap malam. Istimewa Tempahan Awal mesti tempah sekurang-kurangnya 15 hari lebih awal. Sah sehingga 31 Disember 2012.

Hotel Guia 4* - diskaun 15%!
Kadar dari RM 259 setiap malam. Sah sehingga 31 Disember 2012.

Casa Real Hotel 4* diskaun 10%!

Dari RM 327 setiap malam. Mesti tempah sehari lebih awal. Sah sehingga 31 Disember 2012.

Waldo Hotel 4* - diskaun 15%!
Dari RM 299 setiap malam. Tawaran masa-terhad mesti tempah sebelum 31 Ogos 2012.

Grand Emperor Hotel 5* - diskaun 10%!
Dari RM 484 setiap malam. Sah sehingga 30 Disember 2012.

Ole Tai Sam Un Hotel 3* - diskaun 20% MASA TERHAD SAHAJA!
Dari RM 203 setiap malam. Istimewa Tempahan Awal mesti tempah sekurang-kurangnya 14 hari lebih awal. Sah sehingga 31 Julai 2012.

Contact Information:
Name: 0
About the author
...

Company: 0
Telphone: 0
E-Mail: ***


Does this story fit one of these flags? If so, click it! share to your friends and followers!
 
 
 
 
 
 
 
Rate this news:
  • Currently 0/5 Stars.
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
0 / 5 stars - 0 vote(s)

Free Press Release Service & Press Release Distribution News Supplied By FreePressBox.com

Add New Comments


Your Name *
Your Email: *
Your Comments: *
Enter Validation Code: * Captcha  
 


Sakinah Hassan
56 news online
Follow us on Facebook
Follow us on Twitter
Disclaimer:

FreePressBox disclaims any content contained in this press release. We are unable to assist you with any information regarding this release. If you have any questions regarding information or any copyright issue in this press release, please contact us. Please see our complete Terms of Service disclaimer for more information.