Press Release Distribution
 

Members Login  |  Register  |  Why Join?   Subscribe to Newsletter Newsletter   RSS Feeds RSS Feeds

Publish Press Release  |  Top Stories  |  Publishers  |  Tool & Tips  |  Today's News  |  Weekly News  |  Monthly News  |  News By Date  |  News by Region  |  News by Category
All Press Releases for Mar 21st, 2012 »
RSS Feeds RSS Feed     Print this news Printer Friendly     Email this news Email It    



Agodacom Mengemaskini Aplikasi Bagi Membenarkan Penebusan Ganjaran Melalui Telefon Bimbit

agoda.com mengumumkan pengemaskinian aplikasi telefon mudah alih untuk iPhone dan Android yang membenarkan para pelanggan menerima dan menebus Mata Ganjaran Agoda.com menerusi telefon bimbit mereka. Mar 21st, 2012. 

Malaysia (FreePressBox.com) Mar 21st, 2012 -- 

SINGAPURA (21 Mac, 2012) agoda.com, peneraju utama laman tempahan hotel global dan sebahagian daripada Kumpulan Priceline yang disenaraikan di Nasdaq (Nasdaq: PCLN), hari ini mengumumkan pengemaskinian aplikasi telefon mudah alih untuk iPhone dan Android yang membenarkan para pelanggan menerima dan menebus Mata Ganjaran Agoda.com menerusi telefon bimbit mereka.

Dilancarkan pada pertengahan 2011, aplikasi telefon mudah alih Agoda.com merupakan salah satu aplikasi yang paling banyak dimuat-turun bagi bidang pelancongan, dengan hampir satu juta aplikasi sudah dimuat-turun setakat ini. Pada Disember 2011, laman web App Safari memberikan aplikasi ini 4.5 dari 5 mata, dan memanggilnya, aplikasi penempahan hotel yang efisyen dan direka bentuk secara intuitif, yang direka untuk perjalanan antarabangsa.

Dalam satu lagi ulasan yang positif, Australian Business Traveller berkata, ianya terutama sekali sangat berguna jika anda perlu menempah hotel di saat-saat akhir ketika dalam perjalanan ianya aplikasi yang sangat bagus untuk dimiliki sekiranya anda perlukan bilik untuk bermalam di hotel dengan segera.

Mobile majalah telefon mudah alih nombor satu Perancis berkata, Jika anda mengembara untuk perniagaan atau teringin merancang percutian, ini adalah alat lengkap untuk membantu anda membandingkan harga dan menempah hotel dengan hanya beberapa klik terus melalui telefon mudah alih anda.

Aplikasi ini membenarkan para pengembara untuk melayari dan menempah kadar terbaru bagi beratus-ratus ribu hartanah di seluruh dunia. Fungsi-fungsi seperti Cari Hotel Berdekatan Saya adalah sempurna untuk tempahan-tempahan segera, dan ulasan-ulasan pelanggan serta galeri foto penuh boleh dilihat dengan hanya beberapa sentuhan skrin.

Dengan pengemaskinian terbaru v2.3 untuk iPhone dan v2.4 untuk Android para pelanggan boleh mendapatkan lebih nilai dari tempahan-tempahan hotel melalui telefon mudah alih mereka. Ahli-ahli Agoda.com sekarang boleh memperoleh dan menebus Mata Ganjaran untuk tempahan hotel yang dibuat melalui aplikasi ini, serta boleh mengasingkan dan menapis hasil carian mereka berdasarkan harga untuk mencari harga paling rendah yang tersedia.

Terdapat lebih banyak pengemaskinian berguna yang membenarkan para pengguna untuk membuat senarai pendek hotel-hotel, menukar kilometer ke batu dan sebaliknya, dan beralih dengan mudah di antara 37 bahasa berbeza. Para pelanggan juga boleh menggunakan aplikasi ini untuk memasuki akaun Agoda.com mereka dan memeriksa baki Mata Ganjaran walaupun mereka tidak ingin membuat sebarang tempahan.


Ciri-ciri baru aplikasi telefon mudah alih Agoda.com:

Penebusan ganjaran

Penapisan harga

Senarai pendek hotel

Penukaran unit

Pengalihan bahasa dalam-aplikasi

Berbilang nama tetamu untuk setiap tempahan

Bantuan kad kredit JCB

Untuk memuat turun aplikasi iPhone, klik di sini. http://itunes.apple.com/us/app/agoda.com-smarter-hotel-booking/id440676901?mt=8 Untuk memuat turun aplikasi Android, klik di sini. https://play.google.com/store/apps/details?id=com.agoda.mobile.consumer

Untuk maklumat terkini tentang berita dan tawaran-tawaran Agoda.com, berhubung melalui facebook.com/agoda.

Contact Information:
Name: 0
About the author
...

Company: 0
Telphone: 0
E-Mail: ***


Does this story fit one of these flags? If so, click it! share to your friends and followers!
 
 
 
 
 
 
 
Rate this news:
  • Currently 0/5 Stars.
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
0 / 5 stars - 0 vote(s)

Free Press Release Service & Press Release Distribution News Supplied By FreePressBox.com

Add New Comments


Your Name *
Your Email: *
Your Comments: *
Enter Validation Code: * Captcha  
 


Sakinah Hassan
56 news online
Follow us on Facebook
Follow us on Twitter
Disclaimer:

FreePressBox disclaims any content contained in this press release. We are unable to assist you with any information regarding this release. If you have any questions regarding information or any copyright issue in this press release, please contact us. Please see our complete Terms of Service disclaimer for more information.