SINGAPURA (4 Julai, 2012) agoda.com, peneraju utama laman tempahan hotel global dan sebahagian daripada Kumpulan Priceline yang disenaraikan di Nasdaq (Nasdaq: PCLN), hari ini mengumumkan beberapa hotel terkemuka bagi Hari Raya Aidilfitri, seperti yang dinilaikan oleh para pelanggan agoda.com.
Dengan Ramadan semakin hampir, para pengembara yang merancang percutian sekitar Hari Raya Aidilfitri yang jatuh pada hari Ahad 19 Ogos tahun ini perlu menempah hotel mereka secepat mungkin. Oleh kerana ianya musim puncak bagi percutian dalam Asia Tenggara, hotel penuh dengan cepat, lebih-lebih lagi hotel dengan restoran hebat yang menawarkan buffet Halal dan bebas-khinzir.
Agoda.com menampilkan lebih daripada 2 juta ulasan hotel sebenar, ditulis oleh para pelanggan yang pernah menginap di hotel terbabit. Berdasarkan nilaian dan tip-tip dari para pelancong terbabit, berikut adalah senarai hotel terkemuka di beberapa destinasi utama Asia Tenggara yang menyediakan hidangan makanan semeriah sambutan Hari Raya, dengan pelbagai pilihan juadah.
Penginapan terkemuka agoda.com bagi Aidilfitri
Malaysia
Villa Molek, Langkawi 4*
Dinilai 9 - Fantastik
Tempat percutian tropika pasangan ini menawarkan 12 vila persendirian di kawasan taman, cuma lima minit berjalan kaki dari Pantai Tengah. Hartanah ini hanya membenarkan tetamu berusia 18 tahun dan ke atas, jadi para pelancong yang mencari ketenangan ketika musim cuti yang sibuk ini boleh menganggapnya percutian sebenar. Hartanah ini termasuk 2 restoran satu Itali, satu India dan Molek Caf, yang menghidangkan makanan asli Malaysia. Terdapat juga pelbagai pilihan restoran dan caf berbeza dalam jarak berjalan kaki dari resort. Sarapan adalah percuma untuk semua para tetamu.
Ulasan pelanggan Agoda.com: Tempat percutian romantik sempurna untuk pasangan sangat disyorkan, kami pasti akan kembali! Samsurin W., Malaysia.
**Vila Studio dari RM 448 setiap malam Tawaran Hangat termasuk diskaun 20%. Kadar tanpa pulangan wang. WiFi percuma.
Thailand
Railay Village Resort and Spa Krabi, Thailand 4*
Dinilai 8.1 - Fantastik.
Resort dengan banglo-banglo selesa ini terletak di pantai Railay yang indah di Wilayah Krabi, 30 minit pemanduan dari bandar Krabi. Railay terletak di semenanjung sunyi berdekatan pantai Ao Nang yang popular, dengan pemandangan klasik Thai. Ianya cukup dekat untuk menyertai aktiviti yang tersedia, tetapi masih agak jauh untuk menikmati percutian yang menenangkan. Railay Village Resort and Spa menawarkan makanan laut segar, dengan hidangan Thai dan Barat. Hartanah ini disahkan Halal oleh Pejabat Jawatankuasa Islam Thailand.
Ulasan pelanggan Agoda.com: Kami mendapat bilik yang sangat cantik dengan kolam persendirian berdekatan bilik kami dan makanannya sangat sedap, hidangan tradisi Thai di tepi pantai. Noor Z., Malaysia.
**Kadar untuk pemandangan kolam deluxe dari RM 278 tempah sekarang untuk diskaun 25%, sarapan disertakan.
Nuovo City Hotel, Bangkok 4*
Dinilai 8.3 Fantastik
Terletak dalam jarak berjalan kaki ke tarikan-tarikan utama pelancong di Bangkok, termasuk Grand Palace, Kuil Golden Mountain, dan Wat Po, Nuovo City Hotel sesuai untuk pelancong bertenaga yang berminat menerokai budaya dan sejarah Thai. Hartanah moden ini dimiliki oleh Muslim disahkan Halal dan bebas alkohol berdekatan pilihan pelbagai restoran di Soi Rambutree dan Khao San Road menawarkan beli belah, urutan dan hiburan.
Ulasan pelanggan Agoda.com: Hotel ini sangat bersih dan moden dengan suasana Eropah. Bilik sarapan adalah sangat selesa, dengan sarapan bagus dan banyak pilihan, memandangkan kami mencari makanan Muslim. Biliknya sangat bersih dan selesa puas hati.
** Kadar dari RM 194 untuk bilik deluxe dengan sarapan termasuk diskaun 20%!
Untuk maklumat lanjut tentang Agoda.com atau untuk maklumat terkini tawaran dan berita, berhubung menerusi facebook.com/agoda.
