Press Release Distribution
 

Members Login  |  Register  |  Why Join?   Subscribe to Newsletter Newsletter   RSS Feeds RSS Feeds

Publish Press Release  |  Top Stories  |  Publishers  |  Tool & Tips  |  Today's News  |  Weekly News  |  Monthly News  |  News By Date  |  News by Region  |  News by Category
All Press Releases for Mar 14th, 2012 »
RSS Feeds RSS Feed     Print this news Printer Friendly     Email this news Email It    



Agodacom Menawarkan Tawaran Hebat Songkran Untuk Tahun Baru Thai

agoda.com mengumumkan tawaran hotel istimewa untuk Songkran sempena menandakan perayaan terbesar Thailand. Mar 14th, 2012. 

Malaysia (FreePressBox.com) Mar 14th, 2012 -- 

SINGAPURA (14 Mac, 2012) agoda.com, peneraju utama laman tempahan hotel global dan sebahagian daripada Kumpulan Priceline yang disenaraikan di Nasdaq (Nasdaq: PCLN), hari ini mengumumkan tawaran hotel istimewa untuk Songkran sempena menandakan perayaan terbesar Thailand.

Sawasdee bii mai! ialah Selamat Tahun Baru! dalam bahasa Thai dan sesuatu yang para pelawat bakal dengari dengan kerap sepanjang tiga hari sambutan Songkran. Berlangsung dari 13 hingga 15 April, Songkran bukan sahaja merupakan perayaan terbesar dan terpenting negara ini, tetapi sesuatu yang para pencinta Thailand perlu alami sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

Ketika Songkran, kebanyakan orang Thai melawat kaum keluarga, berparti bersama rakan-rakan dan membuat kebajikan di kuil tempatan. Kebanyakan penduduk Bangkok pulang ke kampung halaman, menjadikan pusat bandar begitu sunyi dan bebas trafik sepanjang tempoh perayaan ini.

Sesiapa yang biasa dengan Songkran pasti tahu tradisinya yang riuh rendah: permainan air. Mencontohi amalan memberi keberkatan penganut Buddha dengan merenjis air, amalan ini pada hari ini telah berkembang menjadi pertempuran air yang besar.

Di seluruh negara, jalan-jalan bertukar menjadi zon-zon pertempuran air dengan orang ramai berkemeja Hawaii membawa meriam-meriam air berkuasa tinggi dan berbaldi-baldi air berais. Setelah basah kuyup, orang ramai disapu serbuk kapur bagi lebih keberkatan.

Para pelancong yang melawat Thailand ketika Songkran boleh menjangkakan pengalaman yang lain daripada yang lain. Untuk betul-betul bersemangat menyambut Songkran, para pelawat perlu melengkapkan diri mereka dengan beberapa barang penting.

5 Barang Keperluan Songkran

1) Kemeja Hawaii dengan sebarang warna atau corak. Ini boleh dibeli dari gerai-gerai tepi jalan atau pasaraya pada harga lebih kurang 79 THB.

2) Pistol air. Pistol air plastik dengan pelbagai bentuk dan saiz mula dijual berbulan-bulan sebelum Songkran. Meriam-meriam pam air mengambil masa paling pendek untuk isi-semula, walaupun baldi juga cukup efektif.

3) Pemegang dompet/telefon plastik. Apabila keluar rumah, para pelancong perlu membawa duit dan telefon mereka dalam sarung plastik kalis air. Ianya boleh dibeli dengan murah dari gerai-gerai di pasar dan tepi jalan dengan harga 20-50 THB.

4) Selipar. Kasut sukan dan lain-lain kasut bertutup adalah pilihan tidak sesuai untuk berdiri berjam-jam dalam air dan bedak ketika musim panas di Thailand.

5) Kamera kalis air. Ini merupakan waktu paling berwarna-warni dan meriah di Thailand dan sangat rugi jika tidak mengambil gambar. Daripada mengambil risiko merosakkan telefon atau kamera mahal, kamera-kamera pakai buang boleh dibeli dari 7-Eleven atau mana-mana pasaraya.

Ke mana patut pergi untuk main air

  • Khao San Road di Bangkok. Memasuki Khao San Road sama seperti memberi kebenaran untuk turut serta dalam permainan air yang paling hebat di bandaraya ini. Parti di sini bermula awal pagi setiap hari dan berlanjutan hingga lewat malam.


  • Chiang Mai di sekitar parit dan gerbang-gerbang Bandar Lama. Chiang Mai merupakan salah satu destinasi Songkran paling popular di Thailand dengan perarakan-perarakan dan pelbagai aktiviti-aktiviti membuat kebajikan.


  • Pattaya. Songkran bermula agak lambat di Pattaya dengan permainan air berlangsung sehingga 19 April tahun ini. Hanya penggemar permainan air tegar patut melawat Pattaya pada waktu ini.


  • Phuket. Pantai Patong adalah pusat permainan air di Phuket, dengan trafik tidak bergerak disebabkan remaja-remaja dalam trak-trak pick-up yang menyimbah air ke atas pejalan-pejalan kaki dengan banyaknya.


  • Pai di wilayah Mae Hong Son Walking Street di sini jika dibandingkan dengan kawasan lain menawarkan sambutan Songkran yang agak sederhana, dengan permainan air yang lebih santai. Pai juga merupakan salah satu kawasan paling cantik di negara ini dan pilihan utama untuk backpackper-backpacker dan para pelancong eko.


Untuk Tawaran-Tawaran Hotel Songkran Lawati http://www.agoda.com.my

Contact Information:
Name: 0
About the author
...

Company: 0
Telphone: 0
E-Mail: ***


Does this story fit one of these flags? If so, click it! share to your friends and followers!
 
 
 
 
 
 
 
Rate this news:
  • Currently 0/5 Stars.
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
0 / 5 stars - 0 vote(s)

Free Press Release Service & Press Release Distribution News Supplied By FreePressBox.com

Add New Comments


Your Name *
Your Email: *
Your Comments: *
Enter Validation Code: * Captcha  
 


Sakinah Hassan
56 news online
Follow us on Facebook
Follow us on Twitter
Disclaimer:

FreePressBox disclaims any content contained in this press release. We are unable to assist you with any information regarding this release. If you have any questions regarding information or any copyright issue in this press release, please contact us. Please see our complete Terms of Service disclaimer for more information.