SINGAPURA (9 Mei, 2012) agoda.com, peneraju utama laman tempahan hotel global dan sebahagian daripada Kumpulan Priceline yang disenaraikan di Nasdaq (Nasdaq: PCLN), hari ini mengumumkan pelbagai tawaran hotel hebat bagi Jualan Hebat Singapura.
Setiap tahun, Singapura mengetengahkan salah satu kelebihan mereka: membeli belah. Tahun ini, dari 25 Mei hingga 22 Julai, bandaraya ini akan dipenuhi penjimatan, dengan promosi istimewa and jualan besar-besaran ditawarkan di setiap daerah dari gerai-gerai tepi jalan di Bugis ke pusat beli belah di Marina Bay.
Bagi pembeli yang mempunyai beberapa hari untuk diluangkan, Orchard Road memerlukan sekurang-kurangnya sehari suntuk. Laluan bawah tanah menghubungkan beberapa pusat membeli belah, setiap satu dengan koleksi jenama-jenama antarabangsa tersendiri. Bangunan-bangunan di Orchard Road yang saling berhubung membolehkan para pembeli berjalan-jalan tanpa terdedah dari panas matahari, dengan banyak tempat untuk mendapatkan makanan sekiranya lapar.
Di ION Orchard para pembeli boleh melihat-lihat kedai-kedai utama Cartier dan Dior, manakala pusat beli-belah mewah Knightsbridge menempatkan Topshop/Topman dan seleksi label-label fesyen terkemuka dari UK dan US. Orchard Building yang terletak berdekatan menempatkan kedai utama HM, dibuka pada September 2011 dan menawarkan lebih daripada 30,000 kaki persegi pilihan fesyen.
Di tepi laut, Marina Bay Sands memberikan antara beberapa pengalaman membeli belah terbaru dan paling bergaya di Singapura. Salah satu tarikan paling menonjol adalah kedai konsep Louis Vuitton Island Maison, satu-satunya di Asia Tenggara dan hanya kelima di dunia. Bangunan kaca bersegi ini menampilkan koleksi-koleksi terbaru pakaian sedia dipakai dan barangan kulit, serta satu tingkat penuh untuk bagasi LV, perpustakaan berkonsep LV dan seksyen jam tangan dan barang kemas.
Untuk lebih pilihan tempatan, para pelawat boleh merasai budaya Singapura dengan melihat rumah-rumah kedai, gerai dan kereta sorong di Bugis, Little India, Chinatown dan Kampong Glam. Di sini, para pelawat boleh menemui barangan buatan tangan, cenderahati istimewa dan barangan lama, tekstil, pakaian vintaj, label pereka tempatan dan rangkaian penuh fesyen remaja.
Sebagai insentif tambahan untuk pelancong antarabangsa, Jualan Hebat Singapura menawarkan diskaun istimewa pelancong di pelbagai pusat beli-belah di seluruh kota. Para pelancong boleh mendaftar untuk Kad Keistimewaan Pelancong bagi harga hebat untuk fesyen dan makanan, serta diskaun dengan peratusan tinggi dan hadiah istimewa.
Bagi membantu para pelancong berjimat untuk penginapan dan membolehkan mereka berbelanja lebih di jualan Agoda.com telah mendapatkan tawaran hotel istimewa di tempat-tempat terbaik Singapura. Para pembeli patut menempah sekarang untuk kadar terbaik.
Tawaran-Tawaran Hotel Jualan Hebat Singapura Agoda.com
Resorts World Sentosa Festive Hotel 5*
Potongan 50%! Dari RM 467 setiap malam, sah sehingga 18 Julai 2012.
Resorts World Sentosa Equarius Hotel 5*
Potongan 55%! Dari RM 877 setiap malam, sah sehingga 31 Ogos 2012.
Resorts World Sentosa Hotel Michael 5*
Potongan 50%! Dari RM 574 setiap malam, sah sehingga 31 Ogos 2012.
Traders Hotel 4*
Istimewa Early Bird! Dari RM 482 setiap malam mesti tempah sekurang-kurangnya 14 hari lebih awal. Sah sehingga 31 Disember 2012.
Royal Plaza On Scotts Hotel 5*
Potongan 25%! Dari RM 713 setiap malam minimum 3 malam. Tempah sebelum 31 Ogos, menginap sebelum 30 September 2012.
Grand Park Orchard Hotel 5*
Potongan 20%! Dari RM 695 setiap malam mesti tempah sekurang-kurangnya 14 hari lebih awal. Sah sehingga 31 Disember 2012.
The Elizabeth Hotel By Far East Hospitality 4*
Potongan 20%! Dari RM 455 setiap malam mesti tempah sekurang-kurangnya 21 hari lebih awal. Sah sehingga 31 Disember 2012.
Mandarin Orchard Singapore 5*
Potongan 20%! Dari RM 856 setiap malam mesti tempah sekurang-kurangnya 14 hari lebih awal. Sah sehingga 19 September 2012.
Orchard Hotel Singapore 5*
Potongan 15%! Dari RM 704 setiap malam. Sah sehingga 31 Ogos 2012.
Carlton Hotel 5*
Potongan 25%! Dari RM 531 setiap malam. Promosi saat-akhir mesti tempah dalam masa 5 hari dari tempoh daftar masuk. Sah sehingga 31 Disember 2012.
Landmark Village by Far East Hospitality 4*
Potongan 15%! Dari RM 467 setiap malam. Promosi Early Bird mesti tempah sekurang-kurangnya 14 hari lebih awal. Sah sehingga 31 Disember 2012.
Albert Court Village by Far East Hospitality 4*
Potongan 15%! Dari RM 467 setiap malam. Promosi Early Bird mesti tempah sekurang-kurangnya 14 hari lebih awal.
