Press Release Distribution
 

Members Login  |  Register  |  Why Join?   Subscribe to Newsletter Newsletter   RSS Feeds RSS Feeds

Publish Press Release  |  Top Stories  |  Publishers  |  Tool & Tips  |  Today's News  |  Weekly News  |  Monthly News  |  News By Date  |  News by Region  |  News by Category
All Press Releases for Feb 22nd, 2012 »
RSS Feeds RSS Feed     Print this news Printer Friendly     Email this news Email It    



Agodacom Menawarkan Pengalaman Mutlak Cape Town Bilikbilik Dari Rm 55

agoda.com mengumumkan beberapa tawaran bernilai hebat di bandar Cape Town di tepi laut yang indah. Feb 22nd, 2012. 

Malaysia (FreePressBox.com) Feb 22nd, 2012 -- 

SINGAPURA (22 Februari, 2012) agoda.com, peneraju utama laman tempahan hotel global dan sebahagian daripada Kumpulan Priceline yang disenaraikan di Nasdaq (Nasdaq: PCLN), hari ini mengumumkan beberapa tawaran bernilai hebat di bandar Cape Town di tepi laut yang indah.

Cape Town pantas menjadi salah satu destinasi pelancongan terhangat di dunia. Sejarah kebudayaan yang kaya dan pemandangan menarik menjadi pentas yang penuh kejutan kepada para pemburu percutian, dari tempat makan bergaya ke lawatan muzium ke sukan-sukan lasak.

Di sebalik VA Waterfront yang mempesonakan dan bayangan Gunung Table yang megah, berikut adalah lima aktiviti penting untuk pengalaman Cape Town yang mutlak.

- Jelajah wilayah wain
Ladang-ladang anggur terpencil Cape Town menghasilkan antara beberapa jenis wain New World yang paling menonjol. Ladang anggur tertua dan paling terkenal adalah di Stellenbosch, Constantia Valley dan Franschhoek Valley, di mana kotej-kotej kecil menyerlah di sebalik banjaran yang menggunung. Para pelawat boleh menjelajah melalui laluan wain sedia ada bermula dari Cape Town, atau terbalikkan pengalaman ini dan mulakan ekspedisi mereka dari rumah tumpangan di ladang anggur.

- Lawatan Pulau Robben
Lawatan berpemandu di pulau penjara terkenal ini menawarkan gambaran penuh kesedaran tentang sejarah politik Afrika Selatan, dengan sejarah menahan banduan-banduan selama lebih 400 tahun. Selain daripada kepentingan budaya, Pulau Robben juga secara ekologinya penting, dilindungi oleh UNESCO dan rumah kepada koloni-koloni anjing laut dan penguin-penguin Afrika.

- Melihat pemandangan
Signal Hill, Lion's Head dan dataran Gunung Table semuanya menawarkan pemandangan menakjubkan bagi Cape Town dan seolah merayu untuk didaki. Setiap satu mempunyai cerita tersendiri dan laluan mendaki ke puncak, dan Kereta Kabel Udara Gunung Table yang bersejarah menawarkan perjalanan lebih mudah ke puncak bagi yang tidak mahu mendaki.

- Berehat di tepi pantai
Cape Town mempunyai pantai-pantai yang menawarkan pelbagai persekitaran pantai berbeza. Terdapat pondok-pondok pantai dari kayu balak di St. James dan Muizenberg, di mana senario meluncur Cape Town dikatakan bermula, juga ada pantai Fish Hoek yang terkenal, di mana penduduk tempatan dan para pelancong datang untuk belayar, berenang dan memancing, dan terdapat lautan Atlantik yang cantik, dengan pemandangan matahari terbenam yang menawan.

- Pergi ke safari
Di mana sahaja di Afrika para pengunjung tahu bahawa mereka sangat dekat dengan haiwan-haiwan liar yang menarik. Para pengunjung Cape Town boleh mengalaminya sendiri di salah satu kawasan simpanan hidupan liar yang terletak cuma beberapa jam memandu dari pusat bandar. Selain melihat hidupan liar, kebanyakan kawasan simpanan juga mempunyai contoh-contoh seni batu purba di tengah-tengah kawasan pergunungan.

Untuk membantu para pengunjung menikmati pengalaman yang tidak dapat dilupakan di Cape Town, Agoda.com telah mendapatkan tawaran-tawaran berikut di seluruh ibu kota.

Untuk tawaran-tawaran hotel Cape Town Agoda.com, lawati www.agoda.com.my

Contact Information:
Name: 0
About the author
...

Company: 0
Telphone: 0
E-Mail: ***


Does this story fit one of these flags? If so, click it! share to your friends and followers!
 
 
 
 
 
 
 
Rate this news:
  • Currently 0/5 Stars.
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
0 / 5 stars - 0 vote(s)

Free Press Release Service & Press Release Distribution News Supplied By FreePressBox.com

Add New Comments


Your Name *
Your Email: *
Your Comments: *
Enter Validation Code: * Captcha  
 


Sakinah Hassan
56 news online
Follow us on Facebook
Follow us on Twitter
Disclaimer:

FreePressBox disclaims any content contained in this press release. We are unable to assist you with any information regarding this release. If you have any questions regarding information or any copyright issue in this press release, please contact us. Please see our complete Terms of Service disclaimer for more information.