SINGAPURA (2 Mei, 2012) agoda.com, peneraju utama laman tempahan hotel global dan sebahagian daripada Kumpulan Priceline yang disenaraikan di Nasdaq (Nasdaq: PCLN), hari ini melancarkan kadar-kadar istimewa di hotel-hotel Taipei terpilih untuk Computex Taipei 2012.
Berlangsung pada tahun ini dari 5 hingga 9 Jun, Computex Taipei merupakan salah satu pameran teknologi informasi dan komunikasi utama dunia dan yang terbesar di Asia. Diadakan di kompleks Pusat Dagangan Dunia Taipei, acara ini menarik para pembeli dan peserta pameran dari seluruh dunia dengan produk-produk ICT terbaru dan simposium-simposium berkaitan trend dan topik-topik industri. Acara pada tahun ini adalah yang terbesar, dengan jumlah keseluruhan 1,800 peserta pameran dan 5,300 gerai.
Tahun ini, tablet tetap menjadi tumpuan utama, dengan ultrabook-ultrabook, cloud computing, IT hijau, dan teknologi 3D juga dalam agenda. Smartphone juga akan ditonjolkan di area bertema Handheld Plus dan, seperti selalunya, forum Microsoft, dijadualkan pada 6 Jun, dijanjikan sebagai salah satu acara yang paling diperkatakan di ekspo ini.
Computex Taipei 2012 akan dilangsungkan di lima lokasi berbeza di dalam Pusat Dagangan Dunia, dengan perkhidmatan ulang-alik percuma di antara lokasi-lokasi tersedia untuk para delegasi. Pusat Dagangan Dunia ini terletak di daerah cosmopolitan Xinyi dan mudah dilawati dengan pengangkutan awam: bas-bas ulang-alik bertolak dari stesen Bas/Keretapi Taipei atau para delegasi boleh berjalan kaki dari MRT Dewan Bandaraya Taipei.
Agoda.com telah mendapatkan kadar-kadar istimewa di hotel-hotel berikut di Taipei, sebahagiannya dengan kedudukan sempurna untuk menghadiri ekspo ini dan menjelajah bandaraya, sebahagian lagi direka untuk masa rehat yang mewah. Semua kadar sah sepanjang tempoh Computex Taipei 2012.
Tawaran-Tawaran Hotel Computex Taipei Agoda.com -- lawati www.agoda.com.my
Untuk berita dan maklumat terkini, berhubung dengan Agoda.com menerusi www.facebook.com/agoda.
