SINGAPURA (11 Julai, 2012) agoda.com, peneraju utama laman tempahan hotel global dan sebahagian daripada Kumpulan Priceline yang disenaraikan di Nasdaq (Nasdaq: PCLN), hari ini mengumumkan kadar istimewa musim panas tepat pada masanya untuk Festival Sziget di Budapest.
Diadakan setiap tahun sejak 1993, festival Sziget merupakan salah satu daripada acara terbesar Eropah. Menarik beratus-ratus ribu pencinta muzik dan seni dari serata Eropah, festival tujuh hari ini disamakan dengan Burning Man di Nevada, dengan sikap terbuka dan berwarna-warni agak serupa yang menggalakkan perpaduan menerusi muzik dan pertukaran kreatif.
Teras utama Sziget ialah muzik konsert berskala besar dilangsungkan di pentas-pentas utama, disokong oleh kawasan-kawasan persembahan lebih kecil, khemah permainan, area sukan dan liburan, kawasan seni dan budaya, pasar-pasar, pawagam-pawagam, kampung rakyat dan banyak zon-zon melepak.
Festival ini berlangsung pada tahun ini dari 6-13 Ogos, dipentaskan seperti biasa di buda (Pulau Buda) yang kebiasaannya tenang di Sungai Danube, di antara Buda dan Pest. Dipilih oleh The Independent sebagai salah satu daripada lima festival utama Eropah, ianya sekarang berada di tahun ke dua puluh, menampilkan artis-artis lagenda seperti Toots and the Maytals, Underworld, Sex Pistols, Prince, Iggy Pop, Lou Reed, David Bowie, Placebo, Radiohead, dan Patti Smith.
Artis-artis muzik elektronik, DJ-DJ dan kumpulan indie juga turut membuat persembahan. Tahun ini, persembahan penutup adalah dari kumpulan rock indie US The Killers, manakala pasangan elektronik Leftfield dan selebriti rap Snoop Dogg turut serta pada 2012.
Dengan barisan persembahan yang mewakili pelbagai genre, kumpulan-kumpulan indie rock dan pop seperti The XX, Friendly Fires dan Two Door Cinema Club mengimbangi program muzik dance yang menampilkan antaranya Steve Aoki, LMFAO, dan Axwell. Kemudian terdapat juga artis-artis yang kurang dikenali seperti kumpulan punk dari Pittsburgh iaitu Anti-flag, para pemain drum Jepun Gocoo, artis death metal Scandinavia Amin Amarth, Goran Bregovic Wedding and Funeral Band dan kumpulan dreamy-pop dikenali sebagai The Wild Beasts.
Untuk menampung semua bakat-bakat ini, festival tahun ini telah dipanjangkan selama satu hari, dengan Hari Ke-2 ditambah di permulaan jadual, (yang sudah memasukkan Hari Pertama). Hari ke-2 akan menampilkan secara eksklusif kumpulan-kumpulan dari Hungary, dengan 70 persembahan dijadualkan untuk hari terbabit.
Sepanjang acara ini, para peserta boleh berehat dari pentas tarian untuk melawat aktiviti-aktiviti yang berlangsung di zon-zon lebih kecil. Di sekitar pulau, para tetamu akan menjumpai Blues bar, kawasan Holland berjumpa Hungary, khemah rakyat Roma, zon interaktif pelbagai budaya, teater jalanan dan taman wain Hungary.
Agoda.com telah mendapatkan tawaran-tawaran hotel berikut di hartanah-hartanah berpatutan dengan akses mudah ke Festival Sziget. Tempah salah satu promosi di bawah dari 18 Julai, 2012.
Tawaran Hotel Musim Panas Budapest untuk Festival Sziget Agoda.com Promosi sah dari 18 Julai, 2012!
Alfa Art Hotel 3.5*
Tawaran Hangat! Kadar dari RM 222 setiap malam.
City Center Guesthouse 2.5*
Diskaun 20%! Dari RM 103 setiap malam.
Ramada Plaza Budapest 4*
Diskaun 15%! Promosi Tempahan Awal dari RM 334 setiap malam. Mesti tempah 21 hari lebih awal.
Holiday Beach Budapest Wellness Conference Hotel 4*
Kadar dari RM 287 setiap malam. Minimum penginapan 3 malam.
NH Budapest Hotel 4*
Diskaun 15%! Dari RM 209 setiap malam. Minimum penginapan 3 malam.
Danubius Grand Margitsziget 4*
Diskaun 20%! Dari RM 225 setiap malam. Minimum penginapan 3 malam.
Hotel Victoria 4*
Diskaun 10%! Promosi Tempahan Awal dari RM 334 setiap malam. Mesti tempah sekurang-kurangnya 14 hari lebih awal.
Lanchid 19 Design Hotel 4*
Promosi: Bayar 2, Menginap 3 malam! Kadar dari RM 225 setiap malam!
Lido Hotel Budapest 3*
Diskaun 10%! Istimewa Tempahan Awal kadar dari RM 143 setiap malam. Mesti tempah sekurang-kurangnya 21 hari lebih awal.
Novotel Danube Hotel 3*
Diskaun 40%! Kadar bilik berdua superior dari RM 297 setiap malam.
Ketahui tentang promosi potongan 50% dan pertandingan Agoda.com: berhubung menerusi facebook.com/agoda atau Google+ +Agoda.
