Press Release Distribution
 

Members Login  |  Register  |  Why Join?   Subscribe to Newsletter Newsletter   RSS Feeds RSS Feeds

Publish Press Release  |  Top Stories  |  Publishers  |  Tool & Tips  |  Today's News  |  Weekly News  |  Monthly News  |  News By Date  |  News by Region  |  News by Category
All Press Releases for Jun 13th, 2012 »
RSS Feeds RSS Feed     Print this news Printer Friendly     Email this news Email It    



Agodacom Melancarkan Butang Tempahan Percuma Facebook Untuk Hotelhotel

Agoda.com mengumumkan pelancaran Butang Tempahan Facebook ( BE3) Agoda.com untuk hotel-hotel. Jun 13th, 2012. 

Malaysia (FreePressBox.com) Jun 13th, 2012 -- 

SINGAPURA (13 Jun, 2012) agoda.com, peneraju utama laman tempahan hotel global dan sebahagian daripada Kumpulan Priceline yang disenaraikan di Nasdaq (Nasdaq: PCLN), hari ini mengumumkan pelancaran Butang Tempahan Facebook ( BE3) Agoda.com untuk hotel-hotel.

Pada 2010, Agoda.com melancarkan butang tempahan BE3 percuma yang dipasang di laman web sedia ada hotel, membolehkan para pelanggan membuat tempahan terus dari laman hotel. Setelah dipasang, butang tempahan membawa para pelanggan ke borang tempahan label-putih mudah digunakan yang tersedia dalam 30 bahasa berbeza, dengan semua tempahan bebas yuran dan komisyen.

Hari ini, butang tempahan percuma Agoda telah diadaptasi dan dikembangkan untuk disepadukan dengan Facebook, membolehkan hartanah menawarkan para peminat mereka kemudahan tempahan terus melalui laman Facebook mereka. Butang tempahan percuma untuk Facebook ini boleh dilaksanakan dengan mudah dan dipasang oleh pengurus hotel menggunakan manual pemasangan mudah yang disediakan oleh Agoda.com.

Untuk mendaftar bagi butang tempahan percuma, apa yang hotel-hotel perlu lakukan hanyalah mendaftar di Agoda.com melalui https://ycs.agoda.com. Rakan-rakan Kerjasama Hotel YCS sedia ada boleh memasang butang tempahan di laman web hotel atau profil Facebook mereka hanya dengan log masuk melalui URL di atas dan melengkapkan proses integrasi 1-langkah.

Rakan-rakan kerjasama hotel baru Agoda.com boleh mendaftar dalam masa hanya 15 minit. Setelah mendaftar, hotel-hotel bukan sahaja mempunyai akses ke butang tempahan BE3 percuma Agoda, malah boleh menikmati seluruh rangkaian kelebihan menjadi rakan kerjasama Agoda.com. Ini termasuk pemasaran seluruh dunia dalam 37 bahasa, buletin khusus yang mencapai lebih 2 juta ahli, dan akses ke Sistem Kawalan Hasil Agoda.com untuk mereka promosi-promosi dan memaksimakan pendapatan.

Butang tempahan percuma Agoda untuk Facebook sudahpun menerima pujian sebagai sumber tempahan berguna untuk rakan-rakan kerjasama hotel Agoda.com seluruh dunia.

Broadway Hotel Budapest: Sejak kami memasang BE3 Agoda.com di laman Facebook kami, kami telah mengesan peningkatan ketara tempahan yang datang dari pelawat laman Facebook kami serta orang yang sukakan laman web kami. Kami mendapati ianya sangat berguna kerana para tetamu boleh menempah bilik terus dari profil Facebook kami, kerana pada masa sekarang ini adalah salah satu saluran komunikasi paling popular. Mria Majoros, Pengurus Jualan dan Pemasaran.

Hotel de Point in New York: Butang tempahan BE3 adalah cara hebat untuk kami terus berhubung menerusi media sosial. Ia menawarkan para penggemar kami cara mudah, terus untuk membuat tempahan ketika mereka menggunakan Facebook. Natalie Serse, Pengarah Jualan

The Sandi Phala Resort, Bali: Butang tempahan Agoda.com memberikan kami lebih pendedahan dan menjimatkan masa kami untuk menjawab pertanyaan melalui Facebook. I Putu Budiarta, Pengurus Pembahagian Bilik

Rasuna Icon Residence, Jakarta: Kami sudah menggunakan butang tempahan BE3 selama hampir setahun. Saya perlu katakan bahawa ianya butang tempahan paling efektif, efisyen dan mudah yang pernah saya gunakan. Saya menerima secara purata tempahan untuk 10 bilik setiap hari dan hampir tiada pembatalan untuk tempahan-tempahan terbabit. Hengky Lukita, Pemilik

Hotel LBP, Hong Kong: Butang tempahan Agoda.com membolehkan kami menjimatkan kos ketika membina enjin tempahan kami sendiri. Ia menyokong 30 bahasa berbeza dan interface-nya ringkas dan mesra-pengguna. Quest Wu, Penolong Pengurus Operasi

Express Inn, Cebu, Philippines: Kami gembira dengan butang tempahan Agoda.com. Ia membantu kami mempromosikan kedua-dua laman web hotel dan laman Facebook kami. Ia juga menyediakan kemudahan dan tempahan mudah kepada para tetamu kami; butang tempahan Agoda.com adalah alat sangat berguna untuk segala pemasaran hotel. Rian G. Duhig, Ketua Operasi

Untuk mendaftar bagi enjin tempahan BE3 di Facebook, lawati https://ycs.agoda.com dan ikut langkah-langkah mudah. Untuk maklumat lanjut, hubungi PR@agoda.com.

Contact Information:
Name: 0
About the author
...

Company: 0
Telphone: 0
E-Mail: ***


Does this story fit one of these flags? If so, click it! share to your friends and followers!
 
 
 
 
 
 
 
Rate this news:
  • Currently 0/5 Stars.
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
0 / 5 stars - 0 vote(s)

Free Press Release Service & Press Release Distribution News Supplied By FreePressBox.com

Add New Comments


Your Name *
Your Email: *
Your Comments: *
Enter Validation Code: * Captcha  
 


Sakinah Hassan
56 news online
Follow us on Facebook
Follow us on Twitter
Disclaimer:

FreePressBox disclaims any content contained in this press release. We are unable to assist you with any information regarding this release. If you have any questions regarding information or any copyright issue in this press release, please contact us. Please see our complete Terms of Service disclaimer for more information.