SINGAPURA (16 Mei, 2012) agoda.com, peneraju utama laman tempahan hotel global dan sebahagian daripada Kumpulan Priceline yang disenaraikan di Nasdaq (Nasdaq: PCLN), telah memenangi anugerah untuk Laman Pelancongan Dalam Talian Kegemaran di Anugerah Inovasi Pelancongan Dalam Talian Travelmole dan EyeforTravel 2012.
Diadakan bersempena dengan Sidang Kemuncak Pengagihan Pelancongan Asia EyeforTravel 2012, Anugerah Inovasi Pelancongan Dalam Talian Travelmole dan EyeforTravel 2012 memberi pengiktirafan kepada syarikat-syarikat yang menunjukkan kecemerlangan dalam talian di rantau APAC. Agoda.com mengesahkan kedudukannya sebagai peneraju industri dengan mendapat undian terbanyak dari para pengembara sebagai Laman Pelancongan Dalam Talian Kegemaran mereka.
Anugerah ini menandakan kali kedua Agoda.com memenangi pengiktirafan industri dari TravelMole, setelah memenangi anugerah untuk Laman Web Penginapan Terbaik pada 2008. Anugerah ini merupakan sebahagian daripada pengesyoran yang semakin bertambah dari pakar-pakar industri dan media utama dengan mengakui bahawa Agoda.com memberikan servis cemerlang dan nilai hebat.
Ketua Pegawai Produk Agoda.com Encik John Brown berkata: Kami berbangga menerima anugerah ini, dan akan terus bekerja keras pada tahun-tahun akan datang untuk mempertingkatkan produk kami ke paras standard yang setinggi mungkin.
CEO dan Penerbit TravelMole Media Group Charles Kao berkata: Kemenangan Agoda adalah refleksi berterusan kebolehan mereka untuk memahami keperluan pasaran dan memenuhinya dengan konsisten. Dengan syarikat induk seperti Priceline Group yang membenarkan mereka maju ke hadapan dan selalu di samping untuk memberi sokongan sangat banyak membantu mereka. Tahniah saya ucapkan kepada pasukan Agoda.com.
Agoda.com pada masa ini menyenaraikan lebih daripada 170,000 hotel seluruh dunia, lebih 34,000 daripadanya terletak di Asia. Para pelanggan boleh menempah tawaran dalam pilihan 37 bahasa dan menikmati pengesahan segera untuk semua hotel. Mata Ganjaran Agoda diperolehi dengan setiap tempahan, memberikan para pelanggan lebih banyak penjimatan.
Untuk maklumat lanjut tentang Agoda.com, hubungi PR@agoda.com. Untuk berita terkini dan maklumat terbaru, berhubung melalui www.facebook.com/agoda.
