SINGAPURA (13 Jun, 2012) agoda.com, peneraju utama laman tempahan hotel global dan sebahagian daripada Kumpulan Priceline yang disenaraikan di Nasdaq (Nasdaq: PCLN), hari ini mengumumkan kerjasama baru dengan laman pelancongan CheapTickets.sg.
Bertapak di Singapura, CheapTickets.sg adalah laman pelancongan serba ada yang menyediakan para pelancong akses terus kepada harga murah untuk penerbangan, sewa kereta, lawatan, dan terima kasih kepada kerjasama dengan Agoda.com ini penginapan hotel. Dalam padanan sinergi untuk kedua-dua syarikat, para pelanggan CheapTickets.sg boleh menempah penerbangan dan hotel dengan mudah menerusi satu portal pelancongan, manakala rakan-rakan kerjasama hotel Agoda.com mendapat kelebihan dari segi peningkatan pendedahan dalam pasaran pelancongan Singapura.
Dilancarkan pada 2005, Agoda.com telah mewujudkan kerjasama dengan beribu-ribu hartanah, dengan inventori mendalam lebih-lebih lagi di rantau Asia. Berikutan itu, Agoda.com boleh menawarkan kadar-kadar dan jenis-jenis bilik yang tidak tersedia menerusi syarikat tempahan hotel yang lain rakan gabungan sempurna untuk laman-laman seperti CheapTickets.sg yang berhasrat menyediakan kadar-kadar dan promosi terkini dan pilihan rangkaian penginapan yang luas di seluruh dunia.
CheapTickets.sg pada masa ini memberi tumpuan dalam menyediakan servis-servis kepada para pelancong Asia, menghubungkan rakan-rakan kerjasama hotel Agoda.com kepada pelbagai pasaran Asia. Agoda.com menyediakan servis tempahan hotel dalam 37 bahasa berbeza, jadi para pelanggan yang berada di Asia boleh menempah dengan yakin hotel US atau Eropah dalam bahasa pilihan mereka menggunakan syarikat hotel yang mereka boleh percayai.
Ketua Pegawai Komersial Agoda.com Bryan Lewis berkata: Kerjasama di antara Agoda.com dan CheapTickets.sg ini bukan sahaja membantu para pelancong di rantau Asia mengakses kadar hotel terbaik di seluruh dunia, malah ia membuka satu pasaran baru kepada rakan-rakan kerjasama hotel kami di seluruh Eropah dan Amerika Syarikat. Kami mengharapkan kerjasama yang panjang dan membuahkan hasil dengan CheapTickets.sg.
Untuk maklumat lanjut tentang Agoda.com, lawati Pusat Media kami atau hubungi PR@agoda.com.
