Press Release Distribution
 

Members Login  |  Register  |  Why Join?   Subscribe to Newsletter Newsletter   RSS Feeds RSS Feeds

Publish Press Release  |  Top Stories  |  Publishers  |  Tool & Tips  |  Today's News  |  Weekly News  |  Monthly News  |  News By Date  |  News by Region  |  News by Category
All Press Releases for Mar 6th, 2012 »
RSS Feeds RSS Feed     Print this news Printer Friendly     Email this news Email It    



Agodacom Ada 5 Sebab Utama Untuk Melawat Munich Di Musim Bunga Ini

Agoda.com mengumumkan tawaran musim bunga di Munich, menjadikannya salah satu destinasi Eropah yang terhangat pada musim ini. Mar 6th, 2012. 

Malaysia (FreePressBox.com) Mar 6th, 2012 -- 

SINGAPURA (8 Mac, 2012) agoda.com, peneraju utama laman tempahan hotel global dan sebahagian daripada Kumpulan Priceline yang disenaraikan di Nasdaq (Nasdaq: PCLN), hari ini mengumumkan tawaran musim bunga di Munich, menjadikannya salah satu destinasi Eropah yang terhangat pada musim ini.

Musim bunga di Eropah adalah salah satu masa yang terbaik untuk melancong, dengan hari yang terang dan suhu berkadar sederhana, manakala pada waktu malamnya pula dengan suhu sejuk yang merentasi sebahagian besar benua. Hari yang cerah dan mekar musim bunga yang berwarna-warni menarik perhatian penduduk tempatan, dengan pelbagai acara tahunan yang paling menarik berlangsung sebelum ketibaan pelancong musim panas.

Agoda.com mempunyai pelbagai pilihan tawaran hotel yang bernilai hebat di Munich sepanjang musim bunga ini. Ditambah pula dengan tambang bermusim yang rendah, pelancong yang memilih untuk melawat Munich sebelum ketibaan musim panas berpeluang menikmati penjimatan yang amat ketara. Berikut adalah antara sebab lain untuk melawat Munich pada musim bunga ini.

1. Festival Musim Bunga Munich atau Munchener Fruhlingsfest merupakan sambutan musim bunga tahunan yang dikenali sebagai 'Little Oktoberfest'. Selama dua minggu pada bulan April, dewan bir, gerai pasar dan karnival menunggang mengisi acara Oktoberfest Theresienwiese, ianya menandakan berakhirnya musim sejuk dengan gaya tradisional Bavaria. Dewan besar menyajikan makanan Bavaria dan bir Augustiner, serta terdapat juga pasar lambak yang besar pada hujung minggu pertama dan bunga api pada malam Jumaat terakhir. Festival ini adalah percuma, dengan diskaun keluarga untuk menunggang dan makanan pada hari Selasa. Dari 20 April hingga 6 Mei 2012.

2. Lang Nacht Der Musik 'Long Night of Music' adalah satu perayaan yang menampilkan segala-galanya, dari muzik jazz, klasik ke hip-hop. Acara ini berlangsung di seluruh bandar raya, yang berlangsung dari 8 malam sehingga 3 pagi, membolehkan pemegang tiket untuk melihat seberapa banyak konsert oleh kumpulan dan artis yang mereka suka. Bas shuttle akan berulang-alik sepanjang tempoh tersebut untuk membawa pemegang tiket di sekitar bandar ke pelbagai tempat yang berbeza. Berlangsung pada 28 April 2012.


3. Minggu Tarian Balet Minggu tarian tahunan ini dihoskan oleh Balet Bavaria Negeri dan menggabungkan balet klasik dan kontemporari. Terdapat juga penari jemputan antarabangsa. Dari 22 hingga 29 April, 2012.

4. Perlawanan AkhirLigaJuaraUEFA Perlawanan bola sepak peringkat akhir yang hangat ini dijangka akan berlangsung pada 19 Mei di Arena ALLIANZ, kawasan kuat Kelab Bola Sepak Bayern Munich dan 1860 Munich. Perlawanan ini sememangnya merupakan salah satu acara yang paling menarik di Munich, yang akan menarik peminat bola sepak dari bukan sahaja seluruh Eropah malah dari seluruh dunia. Lapisan luar Arena ALLIANZ yang berteknologi tinggi akan diterangi cahaya, manakala di dalamnya, kira-kira 70,000 penonton akan menyaksikan perlawanan terbesar sepanjang zaman.

5. Sarkas Krone Sarkas terbesar di Eropah, Krone Circus di Munich mempunyai tempat duduk untuk 3,000 penonton. Program 'musim sejuk' ketiga dan terakhir akan berlaku pada bulan April, menampilkan akrobat, badut sarkas dan pertunjukan haiwan, termasuk 15 ekor singa di bawah jagaan jurulatih haiwan British terkenal Martin Lacey, Jnr.

Tawaran-tawaran hotel musim bunga Munich agoda.com boleh diperolehi dengan melawati www.agoda.com.my

Contact Information:
Name: 0
About the author
...

Company: 0
Telphone: 0
E-Mail: ***


Does this story fit one of these flags? If so, click it! share to your friends and followers!
 
 
 
 
 
 
 
Rate this news:
  • Currently 0/5 Stars.
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
0 / 5 stars - 0 vote(s)

Free Press Release Service & Press Release Distribution News Supplied By FreePressBox.com

Add New Comments


Your Name *
Your Email: *
Your Comments: *
Enter Validation Code: * Captcha  
 


Sakinah Hassan
56 news online
Follow us on Facebook
Follow us on Twitter
Disclaimer:

FreePressBox disclaims any content contained in this press release. We are unable to assist you with any information regarding this release. If you have any questions regarding information or any copyright issue in this press release, please contact us. Please see our complete Terms of Service disclaimer for more information.